Friday 30 November 2012

Prepost..Hatiku kini milik siapa


"Rizwan don't do this to me!!!" tegas Dhia.

"What....What did i do to you. I just want your answer, either yes or no?!" balas rizwan tidak puas hati

Dhia rasa serba salah untuk menjawab petanyaan Rizwan. Fikirannya mahu menolak tapi hati bagai telah terpaut dengan jejaka yang bisa mengetarkan hati dan nalurinya. Memikirkan statusnya kini amatlah bersalah untuk dia menerima huluran kasih dari yang bukan berhak. Namun di suatu sudut yang lain, hatinya meronta-ronta untuk menerima jambangan kasih dan sayang yang dihulurkan.

Dhia selalu terbaca didalam dada akhbar dan di majalah tentang luahan rasa cinta terlarang. Pada masa itu dia menyumpah seranah si pengadu kerana kononnya tidak memiliki fikiran yang waras. Padanya jika sudah tahu diri sudah terikat, tetapi mengapa masih mengatal mencari masalah. Umpama tiada beban, batu digalas. Dah tahu benda tu salah masih dicari. Kononnya dialah sorang saja yang mempunyai pikiran yang rasional yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi dia lupa Allah tu maha mengetahui setiap apap yang terjadi. Sekiranya dia ingin terbalikkan hati orang tu 360 darjah kejap saja. Ya kini dirinya pulak yang mengalaminya. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

"So...the answer for my question dear....??!! tegas Rizwan bila melihat Dhia terkebil-kebil sambil memandand dirinya dengan suatu pandangan yang kosong seolah-olah boleh menembusi dirinya di ketika ini.

Sayang...??!! panggil Rizwan lagi untuk menyedarkan Dhia yang pada sangkanya sedang berkhayal.

"Jawapan apa yang you nak I berikan Riz. Kita memang tidak boleh bersama. You suami orang dan I masih isteri orang. Mana mungkin kita dapat bersama. Tak mungkin." Dhia bersuara kini sambil menggelangkan kepala menidakkan apa yang dirasakannya kini.

" I tahu tapi hati dan perasaan i kini amat menyayangi you, Dhia. Kenapa begitu sukar untuk you terima dan percaya" lirih Rizwan layu.

"Macam mana I nak terima sedangkan apa yang kita rasa ini salah riz..tolong lah jangan memaksa I untuk berpaling dari yang berhak keatas diri I" lirih Dhia pula sambil memusingkan badannya membelakangi Rizwan.

"Tidak semua ini salah" Dhia berkata dalam hatinya sambil merenung tasik yang luas terbentang dihadapan matanya kini. Matanya mula memberat dan digenangi air yang bila-bila masa saja akan mencurah ke pipinya.

"Jadi you pun merasai apa yang i rasa kan Dhia? soal Rizwan lagi sambil matanya mencerlung bercahaya memandang Dhia dengan penuh harapan.

***************
Sebuah kisah cinta terlarang diantara Rizwan dan Dhia kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Dhia yang masih berstatus Isteri orang yang kesunyian kerana masih menanti tangisan seorang anak manakala suaminya pula Shah seorang yang komitted pada karja sehingga dia tidak sedar bahawa dia telah mengabaikan dhia isterinya. Bertemu dengan Rizwan yang juga masih memegang status seorang suami. Mereka di pertemukan dalam suasana kerja yang mana memerlukan mereka untuk berkerjasama setiap waktu walaupun lokasi tempat mereka bekerja berlainan aras namum masih dibawah satu bumbung dan bangunan yang sama. Pada mulanya perkahwinan masing-masih penuh bahagia namun oleh kerana satu insiden yang mana telah memulakan pergolakkan dintara mereka berdua. Pergolakkan yang mana menyentuh tentang hati dan perasaan masing-masing dan juga pasangan mereka.

Nantikan kisah selanjutnya......


P/S: Saya masih sangat-sangat baru didalam arena penulisan.. Diharap dapat menerima komen yang membangun dari anda semua yang sudi membaca. Berjuta terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan komen yang membina dan mencetuskan minat saya untuk terus menulis.

2 comments:

  1. best!.. hantarlah ke novel melayu kreatif.. kaki novel memang selalu bagi peluang pada penulis baru. x de sebab awak x hantar bab ni ke kaki novel... lagipun NMK minta bab demi bab bukannya sekali gus. siap bab lagi satau hantar dan selanjutnya... :) tahniah kalam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ***satu bukan satau heheheheh (lain kali jgn taip dalam gelap kihkih)

      Delete