Friday 30 November 2012

Prepost..Hatiku kini milik siapa


"Rizwan don't do this to me!!!" tegas Dhia.

"What....What did i do to you. I just want your answer, either yes or no?!" balas rizwan tidak puas hati

Dhia rasa serba salah untuk menjawab petanyaan Rizwan. Fikirannya mahu menolak tapi hati bagai telah terpaut dengan jejaka yang bisa mengetarkan hati dan nalurinya. Memikirkan statusnya kini amatlah bersalah untuk dia menerima huluran kasih dari yang bukan berhak. Namun di suatu sudut yang lain, hatinya meronta-ronta untuk menerima jambangan kasih dan sayang yang dihulurkan.

Dhia selalu terbaca didalam dada akhbar dan di majalah tentang luahan rasa cinta terlarang. Pada masa itu dia menyumpah seranah si pengadu kerana kononnya tidak memiliki fikiran yang waras. Padanya jika sudah tahu diri sudah terikat, tetapi mengapa masih mengatal mencari masalah. Umpama tiada beban, batu digalas. Dah tahu benda tu salah masih dicari. Kononnya dialah sorang saja yang mempunyai pikiran yang rasional yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi dia lupa Allah tu maha mengetahui setiap apap yang terjadi. Sekiranya dia ingin terbalikkan hati orang tu 360 darjah kejap saja. Ya kini dirinya pulak yang mengalaminya. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

"So...the answer for my question dear....??!! tegas Rizwan bila melihat Dhia terkebil-kebil sambil memandand dirinya dengan suatu pandangan yang kosong seolah-olah boleh menembusi dirinya di ketika ini.

Sayang...??!! panggil Rizwan lagi untuk menyedarkan Dhia yang pada sangkanya sedang berkhayal.

"Jawapan apa yang you nak I berikan Riz. Kita memang tidak boleh bersama. You suami orang dan I masih isteri orang. Mana mungkin kita dapat bersama. Tak mungkin." Dhia bersuara kini sambil menggelangkan kepala menidakkan apa yang dirasakannya kini.

" I tahu tapi hati dan perasaan i kini amat menyayangi you, Dhia. Kenapa begitu sukar untuk you terima dan percaya" lirih Rizwan layu.

"Macam mana I nak terima sedangkan apa yang kita rasa ini salah riz..tolong lah jangan memaksa I untuk berpaling dari yang berhak keatas diri I" lirih Dhia pula sambil memusingkan badannya membelakangi Rizwan.

"Tidak semua ini salah" Dhia berkata dalam hatinya sambil merenung tasik yang luas terbentang dihadapan matanya kini. Matanya mula memberat dan digenangi air yang bila-bila masa saja akan mencurah ke pipinya.

"Jadi you pun merasai apa yang i rasa kan Dhia? soal Rizwan lagi sambil matanya mencerlung bercahaya memandang Dhia dengan penuh harapan.

***************
Sebuah kisah cinta terlarang diantara Rizwan dan Dhia kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Dhia yang masih berstatus Isteri orang yang kesunyian kerana masih menanti tangisan seorang anak manakala suaminya pula Shah seorang yang komitted pada karja sehingga dia tidak sedar bahawa dia telah mengabaikan dhia isterinya. Bertemu dengan Rizwan yang juga masih memegang status seorang suami. Mereka di pertemukan dalam suasana kerja yang mana memerlukan mereka untuk berkerjasama setiap waktu walaupun lokasi tempat mereka bekerja berlainan aras namum masih dibawah satu bumbung dan bangunan yang sama. Pada mulanya perkahwinan masing-masih penuh bahagia namun oleh kerana satu insiden yang mana telah memulakan pergolakkan dintara mereka berdua. Pergolakkan yang mana menyentuh tentang hati dan perasaan masing-masing dan juga pasangan mereka.

Nantikan kisah selanjutnya......


P/S: Saya masih sangat-sangat baru didalam arena penulisan.. Diharap dapat menerima komen yang membangun dari anda semua yang sudi membaca. Berjuta terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan komen yang membina dan mencetuskan minat saya untuk terus menulis.

Monday 5 November 2012

Mari kita merepek meraban......

Go, Kalam go....ishhh ayat ni mcm ayat maut jer...tapi tu kan ayat pembakar semangatlah...kononnya..hehehe

Tapi KALAM tukan aku.?? aku yang gatal sangat nak buka blog konon nak jadi mcm penulis blogger yang lain tapi hampehhh ...tanda seruan kemana??....pembuka kata kelaut....ish..susah juga lah nak jadi seorang penulis ni....tapi kalau tak menulis..aku rasa mcm badan yang tak cukup anggota jer. Sebab mulut aku ni jenis yang tak reti diam. Bila mulut diam, hati pula berkata-kata. Rasa macam satu Pembaziran saja bila kata-kata itu lenyap menghilang mcm hablur wap air..terus hilang bila diudara.

Eeehhh..apa yang aku melalut ni...sapa-sapa yang baca post dalam blog aku ni sure akan cakap "pekebendalah minah ni merepek meraban. Tak menarik langsung lah blog minah ni"..tapi mcm orang tu ckp... "ada aku kesah"...kalau suka baca kalau tak suka tak payah baca.

Tujuan aku buat blog ni hanyalah untuk aku meluahkan rasa dihati yang makin menyesakkan minda. Rasa sakit hati yang tak boleh nak disalurkan kemana-mana, aku catatkan didalam ni. kiranya macam diari luahan rasa hati akulah. Sebab kalau nak tulis dalam buku diari, asik kena skodeng jer...bukan apa aku pernah terjumpa ayang selak-selak muka surat dalam diari aku tu. Huh...tak amanah lah orang tu...mana boleh sesuka hati jer nak baca diari orangkan? Macam kita selak kain oranglah. Mana boleh buat macam tu nak kena pelangkung...cuba..try..test..huhuhu ayat klise ni...maknanya semuanya sama waahahahaha...

Nak post dalam Facebook dah ramai sangat yang jadi friend...sampai anak buah, saudara mara smua ada dalam list Facebook. Nak kantoi..simply luahkan rasa macam tu saja kat dalam tu..karang bila ada yang salah interpreat ayat-ayat cinta dalam tu boleh mencetuskan small world war nanti...so aku pun ciptalah satu blog yang hanya bila orang jumpa saya yang akan baca ayat-ayat tak hengat aku ni.
Cumanya bila dah baca tu...pejam mata dah hapuskan dari bayangan..huhuhu..kiranya macam kita hapuskan buktilah..hohohoho......

EEeehhh seonok juga menulis ni..ketuk-ketuk jer keyboard, then tersuratlah isihati...bila dah mula..payah nak jumpa titik nokhtah...Entah-entah sipembakar semangat tu pun macam tu juga.
Cuma sekarang ni dah lama dia tak postkan new entry..mungkin nak tunggu aku post something dulu kot baru dia akan berikan upah sebagai pembakar semangat...agar aku memulakan esei penulisanku...
Think positive...think positive....maybe dia pun x sihat atau terlalu sibuk tak pun tengah exam kot...Walau apapun yang dia lakukan aku akan setia menunggu sambung episod seterusnya...dari penulisan novelnya.

You lightup my spirit in writing...you motivate me to keep on write what ever I want. You make me to think positively and to ignore what other's opinion. Don't care to what others might say...you are what you are now. Yes i am what i am now. love me to who I am and what i am.

If you've read this i would like to Thanks to you Thousand times. Now I have started it. Please hold my hand trough this jurney.......