Sunday 9 December 2012

Menangislah kalau itu mampu meredakan hati mu..





Kata orang senjata seorang wanita adalah air matanya. Tapi rasanya air mataku bukanlah senjata yang paling ampuh yang aku miliki kerana air mata ini tidak membawa erti dan apa - apaa makna padanya. Sabankali hatiku diguris pedih...sakit terluka, tak siapa merawatnya....sudahnya ku rawat sendiri...berkali-kali dilukai sehingga aku sendiri dah tak merasa sakitnya luka itu..bagaimana rasanya pedih itu....rasa akit itu umpama telah mati...

Hatiku dah tak nampak bentuknya lagi dek kerana parut yang bertempek-tempek....aku sendiri dah lupa bagaimana bentuk hatiku ini....kenapa ya jika kita dah merasa sayang, kita tega untuk disakiti berkali-kali. Adakah ini yang dinamakan sayang? atau aku dah terlalu buta untuk menilai semua kesakitan ini.

Butakah aku dalam mengejar kasih sayangnya? beginikah caranya dia mempamirkan kasih sayangnya pada aku? adakah menyakiti itu sebenarnya sayang yang ingin ditunjukkan padaku. Mampukah aku bertahan lagi??!!!

1 comment: